CARA PROSES

Cara memproses Minyak Kelapa Dara

1- Pilih kelapa yang betul-2 matang, kelapa yang masak di atas pokok dan gugur dengan sendiri adalah yang terbaik kerana akan menghasilkan santan yang betul-2 pekat serta berkualiti.

 2- Kopek kelapa dan buang semua sabut yang melekat di tempurung kelapa, jika ingin menyimpan dalam tempoh yang lama jangan buang sabut di bahagian tunas yang baru tumbuh. Ini akan memanjangkan jangka hayat kelapa dan kelapa tidak masam.

3- Kelapa yang siap di kopek akan dipecahkan dan isi kelapa tua akan dicungkil dan direndam di dalam air kelapa supaya tidak masam.

 4- Isi kelapa yang siap dicungkil akan diparut menggunakan mesin parut ini.

 5- Kelapa yang siap diparut.

 6- Isi kelapa yang siap diparut akan di masukan ke dalam mesin ini untuk proses pemerahan pati santan kelapa. Penggunaan mesin ini memaksimumkan pengeluaran santan dari isi kelapa. Hampas yang keluar sangat kering dan ringan.

 7- Santan yang siap ditimbang akan dibungkus mengikut berat. Ini bertujuan supaya kuantiti penghasilan minyak kelapa dara dapat ditentukan mengikut kuantiti santan yang telah terhasil. Ini juga bagi memudahkan proses penyimpanan dan pembekuan santan.
 8- Tempat penyimpanan dan pembekuan santan.
 9- Santan beku dimasukan didalam bekas ini. Pemanasan menggunakan mentol lampu bulat dilakukan supaya santan cepat cair. Air dan minyak akan terasing secara automatik. Air akan dikeluarkan menggunakan pili dibawah. Hanya minyak kelapa dara sahaja yang di ambil untuk proses seterusnya.
 10- Minyak yang siap diasingkan dari air akan di tapis dan dituras supaya jernih dan bersih.

 11- Minyak kelapa dara dibotolkan mengikut sukatan.
12- Botol dilabelkan dan siap untuk dipasarkan. Minyak kelapa dara sangat mendapat sambutan dipasaran, oleh itu pemasaran tidaklah terlalu sukar. Disamping itu juga harga minyak kelapa dara sangat murah dan berbaloi dengan khasiatnya.